Friday, October 29, 2010

apabila hati bersedih...

apabila hati tgh sedih...
di saat kita rasa xde org pon fhm ape yg kita rasa...

ape yg patut dilakukan?
dah mengadu dgn tuhan..tapi hati masih hambar...

hati da muak...
tapi akal kate cube bertahan..

perasaan da huru hara..
tapi akal kate cube handle dgn diplomasi..

jiwa sgt kacau..
tapi akal kate cube alihkan fokus ke perkara lain..

cuba..dan cuba...dan cuba lagi...

entah bila akan selesai...

Wednesday, October 13, 2010

maafkan mama syg...

lama benar aku mengambil masa utk mencoretkan isi hati ku ini...
bukan ape..aku perlukan kekuatan ..
utk menarikan bait2 sedih dari hati yang parah...

berkali-kali aku helakan nafas..melihat kekosongan blog ni tiada updates..
perlukah aku meluahkan apa yang mengganggu fikiran?

bila memikirkan coretan ini bakal dibaca oleh anak ku (mungkin juga anak2 ku) kelak...
baiklah..mama sedia berkongsi kesedihan mama dengan anak2 mama..

;(

tanggal 2 sept,pemeriksaan rutin ku di pusat rawatan az zahrah menoktahkan segala harapanku utk mendapatkan lagi anak.doktor pakar di situ telah mengesahkan bahawa kandungan ku kini tidak dpt diselamatkan.

ya,walaupon baru berusia 3bulan,mungkin pada kalian yang membaca.."ahhh ,apa la sgt..baru 3 bulan...ko muda lagi..boleh cuba lagi kan"....

tapi usahaku...
harapanku...
pengorbananku...
adakah kalian memahaminya??

utk mendapatkan anak ini,aku telah berusaha sedaya upaya utk mengikuti preggers conception system dengan mengambil kira ovulation date aku...

utk mendapatkan anak ini,aku seboleh mungkin mengikut rujukan surah ketika bersama suami utk mendapatkan jantina idamanku...

utk mendapatkan anak ini aku sanggup makan dengan byknya kerana lapar yg tidak tertahan2 & menaikkan berat badanku dengan harapan anak ini akan tembam dan sihat spt safiya mula2 lahir dlu...

utk mendapatkan anak ini,seawal mungkin aku telah telan ubat2 vitamin...

utk mendapatkan anak ini,aku seboleh mungkin mengikut perkiraan bulan mengikut telahan Chinese conceiving months utk mendapatkan jantina idamanku...

utk mendapatkan anak ini,aku meminta suami setiap pagi subuh membacakan doa dengan melekapkan tangannya di perutku agar kami mendapat jantina idaman kami ...tanpa jemu...

:(

tapi...akhirnya...kami terpaksa pasrah..apabila doktor mengatakan bayi ini tidak dpt diselamatkan....yang mana heartbeatnya tidak berfungsi lagi spt biasa...

remuk redam perasaan...hancur benar hati ku...mana nk ku lontarkan perasaan hampa ini...
aku aturkan segalanya tapi syg...takdir tidak menyebelahi usahaku...

aku pasrah..

doktor pakar itu telah mencadangkan agar aku menjalani DnC disitu.tapi oleh kerana aku terlalu sedih dan tidak mampu berfikir,aku pulang ke rumah bersama suami...dengan harapan kandungan ku kembali berdenyut...walaupun aku tahu itu tidak mungkin berlaku :(

mengapa takdir ini terjadi pada diriku??aku x kuat nk menghadapi ujian Mu ini Ya Allah...

:(

usai ke rumah...kandungan ku itu seperti memahami keadaan...darah mula keluar.. :(
darah itu keluar bersama air mata ku yang tidak dapat kubendung lagi ...bersama esakan kuat yang tidak dpt ku tahan2 lagi...

kenapa mahu keluar syg...duduk la dlm perut mama ini,nak.mama tidak mahu kehilangan kamu! :(

suami ku jadi kelam kabut...lantas terus membawa ku ke hospital serdang dengan harapan DnC terus dilakukan kepada ku..katanya,kandungan sudah tiada nyawa,utk ape disimpan lagi.

malang nya,hospital serdang tidak mahu menjalankan DnC ke atasku...alasan doktor itu,aku tidak tumpah darah lagi.katanya,apabila aku sudah tumpah darah yang byk,barulah dtg utk cuci.
apakah??? kalau aku tumpah darah di rumah tanpa ada sesiapa menemani dan ajal menjemputku,mahukah doktor itu bertanggungjawab??

kami pulang dan esoknya barulah perasaan ini sedikit stabil dan kami pergi ke Pusat Rawatan Azzahrah Bangi.tanpa perlu menunggu lama,pagi pukul 9.30 aku dimasukkan ke wad dan kemudian pukul 2.30 DnC dijalankan.sempat aku berpesan pada nurse yang bertugas,aku mahu melihat janinku,tggu sehingga aku benar2 sedar baru tunjukkan kepada ku.dia mengangguk fhm.
ini la keadaan ku...aku muntah byk kali slps DnC ...mungkin akibat bius yang kuat itu.plastik muntah x lekang dari tangan ku.terima kasih suamiku kerana mengambil gmbr2 ini...at least kita ada kenangan pahit utk dikongsikan bersama...
hampir gugur jantungku ketika melihat isi kandungan botol ini...
janinku... :(
yang kelihatan ialah kepalanya yang sedikit besar dari badannya...
mata yang belum terbentuk sempurna..
juga kaki dan tgnnya..
sedihnya ya allah... :((
mlm slps DnC,aku bermimpi.di datangi seorang kanak2 lelaki yang sgt comel sekali..putih bersih wajahnya..datang berlari2 mendapatkan aku sambil berdepa2 tangan...dan memanggil..

"mama..mama...." sambil ketawa ...usai ketawanya sangat merdu ku dengarkan...ahhh..mungkin aku terlalu mengikutkan hati hinggakan bermimpi yang bukan2...

oleh kerana kesedihan yang terlampau sgt...aku tidak mampu meneruskan perancangan awal di mana sepatutnya kami beraya di KL dahulu then baru pulang beraya ke Melaka.

aku meminta izin suami utk berpantang di kampungku lebih awal yang mana aku mahukan space utk bersendiri...meratapi kehilangan anak ku yang kunanti2 kan...
suami ku mengizinkan dengan hati yang berat.maafkan mama,pa.mama x sanggup nk berdepan dengan situasi ini.nk melihat safiya yang terlalu mahukan baby baru...melihat muka suami yang kecewa.... :( mama x mampu,pa...maafkan mama.

masih segar di ingatan ku,setiap malam safiya akan cium perut ini dengan mengatakan..

"baby,gud nite.i love u.assalamualaikum.."

:( terlalu pedih dan berat dugaan ini ....

aku berpantang di kampung dgn dibantu emak dan adik2 ku.terima kasih kalian.

hari raya pertama,ku sarungkan juga baju raya walaupon berstokin.
seru nabi,ku sambut...utk memakai pakaian baru yang bersih.
ku pakai hanya utk tujuan bergambar...
habis bergambar,ku pakai semula baju sejuk dan berkain batik+berstokin.
wajah sembab ku... :(

hari raya pertama tanpa suami dan anak tercinta disisi...senyuman tawarku hanya menutup duka utk seketika...
suami ku dan safiya pulang ke kg setelah raya ketiga.utk memuaskan hati sendiri,aku sarungkan kembali baju raya utk bergambar dengan mereka. :)


safiya tidak mahu bergambar dgn kami ketika ini.dia menangis semahunya.tak apa lah...aidilfitri kali ini pon tidak menggembirakan aku walau sedikit pon.senyum ku hanya rias semata.

baby,mama tetap sayang kamu.kamu tetap anak mama walaupon doktor mengatakan kamu telah pergi.

maafkan mama,syg.